BaKAL pEnDiDik Akan DaTang

BaKAL pEnDiDik Akan DaTang

Sunday, March 28, 2010

Penghargaan

PRAKATA
السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami melafazkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Cik Norly bt Jamil pensyarah matapelajaran Psikomotor dan Pergerakan KAF 2023, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.
Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Semoga segala ilmu pengetahuan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

cover

KURSUS
PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN
KAF 2023

TAJUK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL,
ROBERT HAVIGHUSRT DAN G. STANLEY HALL

AHLI KUMPULAN
NOOR SYAFIQAH BINTI NAPIAH D 20082033977

NUR HIDAYAH SHAZIRA BINTI MOHD SHUKOR D20082034022

NURUL LAILI ASYIKIN BT AHMAD SHAMSUDDIN D 20082034030

NORHIDAYAH BINTI MOHD FISAH D 20082034048

NUR ASYIQQIN BINTI NGAH D 20082034065

HAMIZAH BINTI YUSOFF D 20082034070

PENSYARAH
CIK NORLY BINTI JAMIL

KUMPULAN A

Friday, March 26, 2010

Soalan Latihan

SOALAN:

Bandingkan persamaan yang terdapat dalam ketiga-tiga teori yang dibincangkan. Teori Arnold Gasell, Robert Havighurst, G Stanley Hall?

JAWAPAN:

Aspek pertumbuhan pada seseorang yang boleh diukur secara kuantitatif seperti tinggi, berat dan gigi. Manakala Aspek perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif seperti menulis, membaca, bersosial dan bersukan. Ketiga- tiga tokoh iaitu Arnold Gasell, Robert Havighurst, G Stanley Hall adalah merupakan tokoh yang membincangkan mengenai pertumbuhan dan perkembangan motor kanak-kanak. Terdapat beberapa persamaan di antara tokoh-tokoh tersebut.

Persamaan yang pertama ialah pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah tidak boleh dipaksa atau dikawal pergerakan mereka. Ini adalah disokong oleh kedua-dua teori iaitu Arnold Gasell dan G Stanley Hall. Arnold Gasell berpendapat seseorang individu mampu berkembang mengikut tahap umur dengan kadar perkembangan sendiri tanpa ada paksaan untuk mencapai perkembangan tersebut. Ini bermakna selagi otak, tisu dan saraf serta anggota badan kanak-kanak tidak bersedia maka kita tidak boleh memaksa mereka untuk melakukan sesuatu kemahiran. G Stanley Hall pula percaya bahawa kanak-kanak boleh berkembang pada kadar yang pesat sekiranya tidak dipaksa.

Persamaan yang kedua ialah ketiga-ketiga tokoh menyatakan perkembangan kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat umur tertentu. Arnold Gasell menyatakan bahawa bahawa kematangan fizikal adalah faktor utama proses pembelajaran mengikut peringkat umur. Perkembangan individu mengikut jadual waktu yang ditetapkan dan pola tertentu. Arnold Gasell telah menghasilkan jadual perkembangan tingkah laku (1925). Contohnya kanak-kanak yang berumur 4 bulan mula merangkak kemudian berjalan dan kemudiannya berlari ikut peningkatan umur. Robert Havighurst pula menyatakan perkembangan adalah jangkaan ibu bapa atau masyarakat tentang tingkah laku yang sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu. Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu-satu masa dalam hidup individu tersebut. Ini bermakna keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya membawa kebahagian individu dan sebaliknya. Robert Havighurst telah menghasilkan jadual perkembangan individu yang merangkumi 10 peringkat usia. G Stanley Hall menjelaskan bahawa setiap individu akan melalui proses perubahan dari segi deria pemikiran & deria fizikal selaras denagn perkembangan minda & tubuh badan. Idea-idea ini membangkitkan beliau bagi meneliti aspek-aspek perkembangan kanak-kanak dalam tingkah laku kanak-kanak itu sendiri. Pembangunan kanak-kanak dipengaruhi oleh tingkah laku mereka. G Stanley Hall telah membahagikan kanak-kanak pada 3 peringkat perkembangan.

Persamaan yang ketiga ialah pertumbuhan dan perkembangan adalah dipengaruhi oleh faktor baka. Arnold Gasell menyatakan baka adalah penggerak utama terhadap perkembangan diri sesorang individu. Beliau juga mempercayai bahawa kematangan fizikal merupakan faktor utama dalam menentukan proses pembelajaran. kalau baik bakanya maka baiklah individu yang terhasil. Robert Havighurst pula menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor biologi. Faktor biolagi atau dikenali sebagai kebakaan adalah melibatkan permindahan sifat-sifat fizikal dan personaliti serta pembawaan daripada ibu-bapa kepada anak-anaknya.

Persamaan yang keempat ialah faktor persekitaran mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan sesorang individu. Arnold Gasell menyatakan kanak-kanak memerlukan persekitaran sosial untuk menyedari potensinya tetapi Gesell juga turut menegaskan bahawa kuasa sosialisasi bertindak dengan berkesannya seiring dengan prinsip kematangan dalaman. Hal ini kerana, sebaik sahaja bayi itu dilahirkan mereka memasuki jenis persekitaran yang berlainan. Ianya juga bukan persekitaran yang bertemu dengan kehendak fizikal tetapi persekitaran sosial dan budaya yang cuba menggalakannya berkelakuan dalam cara yang sewajarnya. Robert harvighurst berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermakna perkembangan personalitinya juga turut dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma serta budaya masyarakat dan persekitarannya. Beliau menyatakan pula dalam kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan tua, kanak-kanak harus mencapai perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di tempat individu itu tinggal. Maka ini bermaksud kanak-kanak akan dipengaruhi oleh persekitaran bagi membentuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. Setiap kanak-kanak memerlukan persekitaran yang baik agar mereka dapat mempelajari atau melakukan peniruan dengan budaya yang baik.

tokoh teori kematangan

Robert James Havighurst

Arnold Lucuis Gesell

G.Stanley Hall

Teori Kematangan Arnold Gesell, Robert Havighusrt Dan G. Stanley Hall

1.0 Pengenalan
Setiap insan mengalami perubahan dan perkembangan daripada aspek fizikal, sosial, kognitif, dan emosi daripada lahir sehingga remaja dan tua. Pembelajaran hanya boleh berlaku apabila aspek fizikal, kognitif, dan saraf pelajar mencapai kematangan. Sebagai guru kita perlu memahami aspek pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada perubahan kuantitatif iaitu perubahan yang boleh diukur seperti ketinggian dan berat dan perubahan kualitatif yang bermaksud proses perubahan yang abstrak dari satu tahap ke tahap yang lain contohnya kemahiran berfikir dan bersosial. Perkembangan kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur dan berterusan, hasil daripada tindakan yang saling berkait antara proses kematangan dan pembelajaran mengikut aturan semulajadi dan sifat-sifat sejagat. Pengaruh baka dan persekitaran memberikan kanak-kanak kadar dan tahap perkembangan yang berbeza-beza.
Interaksi pengaruh-pengaruh tersebut membantu dalam menentukan pencapaian perkembangan ke satu tahap yang maksimum (Bee 1995; Rohani 2001). Tahap perkembangan kanak-kanak berlaku dengan pesat pada lingkungan umur empat hingga enam tahun .Kajian Bloom (1964) membuktikan 80% kecerdasan seseorang individu pada usia 18 tahun terbina pada peringkat umur prasekolah. Pada usia ini kanak-kanak bertindak aktif kepada ransangan, berinteraksi bebas dengan orang sekeliling dan peka kepada keadaan sekeliling. Roopnarine dan Johnson (1997) menegaskan kanak-kanak menempuh waktu perkembangan yang paling sensitif justeru perlu diberi pendidikan seawal mungkin. Sehubungan itu adalah penting kanak- kanak mengalami pengalaman pembelajaran prasekolah yang berkesan, bermakna dan menggembirakan supaya kanak-kanak dibekalkan dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebelum memasuki alam persekolahan formal (Rohaty 2003).

2.0 Definisi Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

2.1 Definisi Pertumbuhan (Growth)
Pertumbuhan menunjukkan aspek perubahan pada badan seseorang yang boleh diukur secara kuantitatif. Perubahan pada badan kanak-kanak yang boleh diukur secara kuantitatif adalah seperti berat dan tinggi. Perubahan terebut dapat diukur dalam unit gram dan sentimeter. Menurut Atan Long (1982) pertumbuhan adalah perubahan yang dapat diukur daripada satu peringkat yang lain dan dari satu masa kepada satu masa yang lain. Pertumbuhan yang biasa akan terhenti apabila orgasma itu sampai ke peringkat matang atau dewasa.

2.2 Definisi Perkembangan (Development)
Perkembangan pula bermaksud perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif. Perubahan yang bersifat kualitatif, iaitu perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu, Atan (1982). Sementara menurut Papalia Dan Olds (1979) menjelaskan pembelajaran tentang perkembangan kanak-kanak menfokuskan kepada perubahan kanak-kanak tersebut secara kualitatif dan kuantitatif.
Secara ringkasnya, pertumbuhan adalah perubahan bersifat kuantitatif yang boleh diukur dan diperhatikan berlaku seperti berat, tinggi, saiz dan struktur badan kanak-kanak dari satu peringkat ke peringkat perkembangan. Perkembangan adalah perubahan kualitatif yang boleh diperhatikan berlaku seperti perubahan dalam penggunaan kata-kata atau bahasa, penggunaan perkataan untuk menerangkan sesuatu yang bertambah dari semasa ke semasa akibat kematangan, latihan dan pembelajaran.

2.3 Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan
Pertumbuhan dan perkembangan manusia mempunyai arah. Arah perumbuhan dan perkembangan ialah dari kepala ke kaki, dari tengah ke tepi, dari umum kepada khusus. Pertumbuhan manusia akan terhenti apabila seseorang itu akan mencapai kematangan yang biasanya berlaku umur 17 hingga 19 tahun. Ini bermakna individu tersebut telah sampai ke peringkat optimum dalam perkembangan tingginya. Perkembangan akan berlaku berterusan dalam hidup organisma dari percantuman sel dan sehinngalah dia meninggal dunia.
Urutan pertumbuhan untuk satu kumpulan spesis adalah sama walaupun berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Contohnya seorang kanak-kanak yang berumur tujuh bulan hingga 12 bulan akan mencapai kebolehan merangkak , duduk, berdiri, bertatih dan berjalan. Terdapat perbezaan antara Fahmi dan Fariz dalam jangka masa untuk mencapai kebolehan tersebut. Fahmi boleh merangkak ketika berumur tujuh bulan, mula bertatih ketika berumur 10 bulan, dan berjalan ketika berumur 12 bulan. Sementara Fariz pula mencapai kebolehan merangkak ketika berumur lapan bulan, bertatih ketika umur 10 bulan dan boleh mula berjalan ketika berumur 13 bulan. Jangka masa untuk mencapai tingkah laku adalah berbeza-beza tetapi tingkah laku yang dicapai adalah sama urutan tertibnya.

3.0 Teori-teori Perkembangan ( Teori Perkembangan Manusia)
Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari empat aspek perubahan iaitu jasmani, mental, emosi dan sosial yang dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Dari aspek jasmani, perkembangan seseorang kanak-kanak dapat dilihat apabila berlaku peningkatan kemahiran dalam pertumbuhan fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar, membuat kerja dan sebagainya dan perubahan tersebut bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat di ukur secara kuantitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Manakala pertumbuhan kanak-kanak pula berlaku dari aspek pertumbuhan saiz badan, berat, gigi, tinggi, struktur badan dan sebagainya yang boleh di ukur secara kuantitatif. Perubahan tersebut dapat diukur dalam unit gram dan sentimeter dan pertumbuhan yang biasa akan berhenti apabila organisma itu sampai ke peringkat matang atau dewasa.
Dari aspek mental, perkembangan seseorang kanak-kanak dapat dilihat apabila kanak-kanak tersebut sudah dapat menguasai kemahiran berfikir, mengingat, menaakul, menganalisis dan sebagainya manakala pertumbuhan kanak-kanak pula berlaku apabila meningkatnya keupayaan berfikir dalam diri kanak-kanak. Seterusnya dari aspek emosi pula, perkembangan dalam diri kanak-kanak berlaku apabila kanak-kanak tersebut dapat mengawal perasaan dalam situasi tertentu. Emosi ialah gambaran perasaan pada wajah seseorang manakala pertumbuhan kanak-kanak pula akan berlaku apabila kanak-kanak berusia pada umur dua bulan setengah hingga tujuh bulan bayi dapat menggambarkan pada wajahnya perasaan seronok, gembira, duka, takut, sedih, bimbang dan sebagainya. Persaan gembira digambarkan oleh bayi apabila dia dapat menguasai sesuatu seperti dapat berdiri, dapat memicit butang televisyen dan sebagainya dan akan berasa marah jika keinginannya untuk melakukan sesuatu dihalang.
Akhir sekali, perkembangan dari aspek sosial iaitu kebolehan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang lain. Perkembangan sosial yang dialami oleh kanak-kanak seiring dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya iaitu peningkatan kemahiran disiplin dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan orang lain manakala kanak-kanak dapat meningkatkan pertumbuhan apabila berjaya meluaskan perhubungan, komunikasi dan pergaulan dengan orang lain kerana kanak-kanak pada usia sebegini sudah pandai untuk bersosialisasi dan bergaul dengan kanak-kanak yang seusia denganya. Interaksi kanak-kanak boleh dikesan melalui perkembanganya dalam aktiviti bermain iaitu merupakan satu aktiviti penting kanak-kanak sejak lahir hingga berumur 12 tahun.

4.0 Teori Perkembangan/Kematangan Arnold Gesell

4.1 Profil Arnold Lucius Gesell
Nama sebenar beliau ialah Arnold Lucius Gesell. Rousseau mempercayai bahawa tingkah laku berkembang menurut tahap-tahap atau jadual dalaman yang berlaku secara semula jadi. Dengan perkataan lain kita namakan proses ini sebagai kematangan biologis. Arnold Gesell (1880-1961) telah berusaha memulakan kajian kematangan. Gesell dibesarkan di Alma, Winconsin, sebuah bandar kecil di pinggir Sungai Mississippi bahagian utara.
Dalam sebuah penulisan autobiografi, beliau menerangkan zaman kanak-kanak yang beliau alami hampir menyenangkan di mana ‘hills, valley, water and climate concurred to make the seasons distinct and intense in my home town. Each season had its own challenges and keen pleasures, accentuated by the everchanging yet enduring river” (Gesell, 1952). Menurut Bakinsky (1983) Gesell menggunakan bahasa yang sama untuk menerangkan keindahan yang dilihatnya dalam proses pertumbuhan dengan “ its seasons and sequences”.
Beliau mengkaji pertumbuhan kanak-kanak dengan pemerhatian bersungguh-sungguh. Untuk menambah pengetahuannya mengenai proses psikologi yang tersirat, beliau menuntut di sekolah perubatan pada umur 30 tahun, walaupun beliau telah memperolehi ijazah doktor falsafah dan bekerja sebagai ahli psikologi yang berjaya. Sepanjang 50 tahun di klinik pertumbuhan kanak-kanak Yale, Gesell dengan rakan sekerjanya melibatkan diri dalam sebuah kajian teliti dan luas mengenai perkembangan neuromotor kanak-kanak dan bayi.
Mereka mamperkembangkan norma tingkah-laku yang menyeluruh yang masih bertindak sebagai bahan asas informasi kepada ahli pediatik dan ahli psikologi. Gesell juga memperkembangkan satu daripada kajian pertamanya “ kecerdikan bayi” (Gesell, 1952). Gesell memperkatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh dua faktor yang utama. Pertama, kanak-kanak itu adalah hasil daripada persekitaran sendiri.
Tetapi secara khususnya, Gesell percaya bahawa perkembangan kanak-kanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan baka. Satu ciri perkembangan yang penting mengenai perkembangan ialah ia terjadi dalam sekuen yang tetap. Ini dapat dilihat dalam fetus yang berkembang misalnya, jantung selalunya adalah organ pertama yang berkembang dan berfungsi dulu. Kemudian sel pembeza yang pantas bermula membentuk pusat sistem saraf iaitu otak dan gentian saraf tulang belakang. Perkembangan otak dan kepala bermula sebelum bahagian lain seperti lengan dan kaki terbentuk. Urutan ini diarahkan oleh ‘blueprint’ genetik.
Perkembangan berurutan bersambung selepas kelahiran. Misalnya sebaik sahaja kepala berkembang di peringkat awal fetus, ia juga mengambil keutamaan dalam perkembangan awal selepas bersalin. Bayi pada mulanya mempunyai kawalan terhadap bibir dan lidah, kemudiannya menguasai kawalan terhadap pegerakan mata diikuti dengan kawalan terhadap leher, bahu , lengan jari , batang tubuh dan kaki. Menurut Gesell (1952) semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan, dan berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik. Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf yang berbeza dari segi kepantasan perkembangan.
Mereka tidak berdiri dan berjalan pada umur yang sama. Walau bagaimanapun, mereka melalui sekuens yang serupa. Dari pandangan Gesell, perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman. Menurut Gesell (1952) lagi kesan kematangan dibandingkan dengan kesan persekitaran. Dalam perkembangan sebelum kelahiran, ini bermakna bahawa diasingkan kematangan dari aspek persekitaran dalaman, seperti suhu badan fetus dan oksigen yang diterima daripada ibunya. Faktor persekitaran ini penting. Kematangan menyokong pertumbuhan yang baik tetapi mereka tidak memainkan peranan terus dalam stuktur perkembangan sekuens dan bentuk tingkah laku.
Ia adalah tugas mekanisme kematangan. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, ia memasuki jenis persekitaran yang berlainan. Ia bukan sahaja persekitaran yang bertemu dengan kehendak fizikal tetapi persekitaran sosial dan budaya yang cuba menggalakannya berkelakuan dalam cara yang sewajarnya. Gesell memperkatakan bahawa kanak-kanak itu dengan jelasnya memerlukan persekitaran sosial untuk menyedari potensinya tetapi dia juga menegaskan bahawa kuasa sosialisasi bertindak dengan berkesannya apabila mereka berirama dengan prinsip kematangan dalaman. Gesell (1952) lebih menitikberatkan keupayaan untuk mengajar kanak-kanak akan perkara terdahulu daripada jadual.
Kanak-kanak akan duduk, berjalan, dan bercakap apabila mereka bersedia dan sistem saraf sudah matang dengan sepenuhnya. Pada masa yang sesuai mereka mula menguasai sesuatu tugasan yang datang dari keinginan diri sendiri. Sehingga pada masa itu pengajaran tidak memberi makna mungkin menimbulkan ketegangan antara pengasuh dan kanak-kanak. Beberapa bukti untuk kedudukan kematangan dalam pengajaran datang dari kajian terhadap anak kembar seiras. Misalnya, Balinsky (1983) memberi seorang kembar latihan aktiviti seperti memanjat tangga dan memegang serta memanipulasi kiub.
Anak kembar ini dapat menunjukkan beberapa kemahiran lebih daripada yang seorang lagi kembar yang tidak dilatih juga akan menguasai kemudian, tanpa banyak latihan. Dia akan buat demikian pada umur semasa kita mengharapkan menjalankan berbagai tugasan lain. Dengan jelasnya terdapat jadual waktu dalaman yang menentukan kesediaan untuk membuat sesuatu manakala kebaikan latihan awal bersifat sementara sahaja.

RAJAH2.1

(Sekumpulan sel. Nukleus mengandungi nukleus kromosom yang terdiri

daripada gen cytoplasm)

Kematangan merujuk kepada proses perkembangan yang dikawal oleh faktor intrinsik, terutamanya gen, iaitu bahan kimia terkandung dalam nukleus setiap sel. Gen yang menentukan sekuens, masa dan bentuk tingkah laku yang terhasil. Walau bagaimanapun proses mekanisme ringkas dimana gen tidak bekerja secara berasingan dan mereka menerima isyarat daripada ‘cytoplasm’, iaitu bahan sel di luar nukleus (Gesell, 1952, rajah 2.1) oleh sebab ‘cytoplasm) ialah persekitaran gen, maka sukar bagi kita menentukan perbezaan antara faktor dalaman dan persekitaran.

Walau bagaimanapun, kita dapat menganggap kematangan sebagai proses semasa gen mengarahkan perkembangan, walaupun bersamaan dengan faktor lain. Setakat ini saya secara dasarnya telah menggambarkan pertumbuhan kematangan dengan tingkah laku motor awal iaitu fokus utama kajian saintifik gesell. Walau bagaimanapun gesell percaya bahawa kematangan mengawal pertumbuhan keseluruhan personaliti. Kajian Mengenai Bentuk Gesell (1952) mengatakan bahawa apabila kita mengkaji pertumbuhan, kita tidak hanya mengukur benda dalam bentuk kuatitatif tetapi perlu mengkaji bentuk itu.

Sesuatu bentuk mungkin yang mempunyai rupa atau bentuk yang khusus, misalnya kenyitan mata. Tetapi yang paling penting dalam proses pembentukan itu dimana tingkah laku menjadi tersusun. Seterusnya beliau mengatakan bahawa terdapat illustrasi yang jelas mengenai proses pembentukan dalam kes pengilihatan bayi. Semasa kelahiran mata bayi lebih bergerak tanpa arah tetapi setelah beberapa hari ataupun jam bayi dapat memberhentikan matanya dan melihat benda untuk seketika masa.

Mereka dapat memberhentikan mata mereka dan melihat “at will” kerana satu bentuk perkaitan baru telah terbentuk antara dedenyut saraf dalam otak dan otototot kecil yang menggerakkan mata. Dalam waktu sebulan, bayi biasanya boleh mengikutinya melalui sebuah organisasi baru iaitu antara otot mata dan otot yang memusingkan kepala.Pembentukan berterusan dalam proses perkembangan ialah apabila bayi dapat mengorganisasikan pergerakan mata mereka dengan pergerakan tangan mereka apabila melihat apa yang mereka pegang. Dalam usia empat bulan, bayi iasanya boleh memegang sebuah alat permainan dan memerhatikannya dalam masa yang sama.

“This is significant growth gain. It means that eyes and hand are doing team work, coming into more effective coordination. Mental growth cannot be measured in inches and pounds. So it is appraised by patterns” (Gesell, 1952).

Walaupun demikian, koordinasi tangan dengan mata adalah tidak menyeluruh pada usia empat bulan pertama. Untuk seketika mata terlibat terlebih dahulu. Misalnya, pada empat bulan bayi biasanya boleh ‘mengangkat’ sebuah kiub satu inci ataupun sebiji gula-gula yang kecil dengan matanya iaitu mereka boleh memfokus kepada kiub itu dan menganggapnya dari sudut yang berlainan sedikit. Tetapi mereka masih tidak dapat memegangnya dengan tangan mereka.

Mungkin kelihatan bayi sedang melihat kepada kiub itu dan kemudian melihat tangan mereka seperti mereka ada cara memegang kiub itu tetapi mereka tetap tidak dapat membuat demikian. Sistem saraf masih belum bertumbuh dengan secukupnya. Cuma sehingga enam bulan barulah bayi dapat mengangkat kiub itu dengan seluruh tapak tangannya dan sehingga sepuluh bulan barulah bayi mereka dapat mengangkat biji gula-gula itu dengan ibu jari dan jari telunjuknya. Oleh demikian, koordinasi tangan dengan mata berkembang dengan perlahannya. Ia menjadi lebih tersusun dengan perlahan-lahan dan diikuti dengan pergerakan yang lebih halus.

Prinsip Perkembangan Pemerhatian Gesell mencadangkan beberapa prinsip perkembangan yang lain. Kita akan melihat kepada tiga prinsip iaitu penggabungjalinan dua hala, fungsi tidak bersimetri dan peraturan kendiri. Penggabungjalinan Dua Hala Manusia terbina daripada prinsip asas berpasangan iaitu kita mempunyai bahagian otak yang terdiri daripada dua hemispera, sepasang mata, sepasang tangan, sepasang kaki dan lain-lain lagi. Pergerakan kita juga ada mempunyai cirri-ciri dualistic seperti apabila kita mengeliatkan badan..

Penggabungjalinan dua hala merujuk kepada proses perkembangan dua keinginan yang akhirnya akan mencapai satu cara pengelolaan yang efektif. Seperti contoh, dalam perkembangan menggunakan tangan, seorang bayi menggunakan sebelah tangan, kemudian menggunakan kedua-duanya sekali, kemudian menggunakan tangan sebelah yang lain, diikuti dengan penggunaan kedua-dua belah tangan dan berulang-ulang sehingga dia mencapai dominasi satu tangan. Perkara saling menggantikan penggunaan kedua-dua belah tangan memberi contoh kepada kita tentang penggabungjalinan dua hala.

Gesell telah menunjukkkan bagaimana penggabungjalinan dua hala memberi penjelasan tentang corak beberapa tingkah laku, termasuk tingkah laku yang boleh dilihat, iaitu merangkak dan berjalan (Gesell,1946) Gesell juga percaya bahawa penggabungjalinan dua hala akan menghuraikan perkembangan sesuatu personaliti. Di sini kita melihat kepada penggabung organisma yang memungkinkan kecenderungan introvert dan extrovert. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang tenang pada usia tiga tahun bertukar menjadi introvert pada usianya tiga tahun setengah, yang akan bersikap pendiam dan resah.

Jangka masa introvert ini diikut oleh zaman extrovert pada usia empat tahun dan kedua-dua keadaan ini akan bergabung dan menjadi seimbang pada usia lima tahun. Peredaran seperti ni akan bermula pada zaman bayi dan akan wujud sehingga seseorang itu berusia enam belas tahun. Organisma ini akan kehilangan keadaan seimbang ini secara sementara pada waktu ianya berkembang menjadi alam dalaman dan luaran yang baru, tetapi kemudiannya mengelolakan diri pada tahap yang baru (gesell, 1956). Fungsi tidak bersimetri melalui proses penggabungjalinan dua hala kita telah menseimbangkan asas berpasangan alam sekeliling kita.

Walau bagaimanapun kita jarang mencapai keseimbangan yang tepat atau simetri, malah satu tahap keseimbangan tidak bersimetri yang selalunya berfungsi. Kita selalunya menunjukkan kesan apabila kita menghadapi dunia darimsatu segi, lebih kepada menggunakan sebelah tangan, sebelah mata dan lain-lain lagi. Keadaan ketidakseimbangan bayi ini dapat dilihat pada ‘tonic neck reflex’ iaitu satu tindak balas yang ditemui oleh Gesell dalam diri manusia. Gesell mendapati bahawa bayi lebih suka berbaring dengan mendongak kepala pada satu arah dan bila mereka berbuat demikian, maka mereka akan memperlihatkan kedudukan badan ‘tonic neck reflex’ tersebut.

Mereka akan menjulurkan lengan pada arah kepala ditudingkan (seolah-olah sedang memerhatikan tangan tersebut) manakala tangan yang satu lagi akan dibengkokkan lalu diletakkan di belakang kepala. Kedudukan badan ‘tonic neck reflex’ ini nampak seolah-olah seperti cara asas berdiri seorang pemain pedang . Kedudukan badan ‘tonic neck reflex’ ini adalah dominan dalam jangkamasa tiga bulan selepas kelahiran dan kemudian ianya akan diselubungi oleh perkembangan baru dalam sistem saraf (Gesell, 1946).

Kendiri Gesell (1946) percaya bahawa mekanisma perkembangan intrinsik terlalu kuat sehingga organisma tersebut pada sesuatu tahap akan dapat mengawal perkembangan dirinya. Dalam satu siri penyelidikan beliau telah menunjukkan bagaimana bayi dapat mengawal kitaran menyusu, tidur dan keadaan berjaga mereka. Bila bayi diberi kebebasan menentukan masa menyusu dan tidur, mereka secara pelahan-lahan memerlukan kala penyusuan yang kurang dan mereka juga berada dalam keadaan berjaga lebih lama pada siang hari. Kemajuan tidak dapat mengikut satu garisan lurus, malah telah dapat beberapa perubahan yang menerus termasuk yang menurun.

Akan tetapi bayi tersebut secara perlahan-lahan telah mengalami jadual yang stabil. Gesell juga telah menulis tentang peraturan kendiri ini dari pandangan yang berbeza sedikit, iaitu memusatkan kepada keupayaan organisma untuk mempertahankan satu integrasi yang menyeluruhdan seimbang. Pertumbuhan tentu sekali akan melibatkan ketidakseimbangan. Sebagaimana yang kita lihat tadi corak tidur dan penyusuan berubah selalu. Kita telah juga melihat ketidakseimbangan dalam perkembangan personaliti di mana telah terdapat jangkamasa stabil yang diikuti oleh jangkamasa yang tidak stabil semasa bayi ini memasuki tahap introvet dan ekstrovet yang baru.

Dalam satu perbincangkan yang menarik (Gesell, 1943) telah mempersembahkan keadaan tiga orang kanak-kanak secara hypotetikal, iaitu seorang yang lambat membesar, seorang yang cepat membesar manakala seorang lagi tidak sempurna tumbesarannya. Beliau telah mencadangkan cara bagaimana setiap pembesaran yang mungkin dapat dilihat dari segi beberapa jenis cara pembesaran secara persendirian. Kanak-kanak A, kanak-kanak B, yang membesar dengan cepat, mungkin akan cepat bertindak balas, riang dan gembira, cergas dan secara amnya cerdik dan pandai.

Kanak-kanak C, yang mengalami kebantutan pada pertumbuhannya, mungkin kadang-kadang akan bersikap lebih berhati-hati dan ada kalanya kurang berhati-hati, murung, tidak sabar dan kadang kala menunjukan kecerdikannya. Gesell percaya bahawa tabii seseorang individu dan cara pembesarannya akan mengakibatkan keinginan yang berbeza ke atas budaya dan budaya juga patut cuba menyesuaikan diri dengan keunikan setiap kanak-kanak. Gesell (1946) percaya bahawa untuk membesar dan mendidik anak perlu bermula dengan memberi pengiktirafan kepada kebijaksanaan implisit.

Bayi memasuki ke alam duniawi dengan satu jadualyang semula jadi yang dimana adalah hasil daripada perkembangan beransur-ansur selama lebih daripada tiga juta tahun, dimana mereka sangat arif tentang keperluan diri dan juga tentang perkara yang mereka sedia dan tidak sedia untuk berbuat sesuatu. Oleh kerana ini para ibu bapa tidak harus memaksa anak-anak mereka untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan pola-pola perlakuan perangai mereka, tetapi mereka patut mengambil iktibar daripada anak-anak mereka sendiri.

Dalam topik mengenai pemakanan, Gesell telah menyarankan memberi makanan secara keinginan, iaitu memberi makanan kepada bayi apabila ianya menunjukkan persediaan untuk menerima makanan, yang mana adalah bertentangan dengan corak memberi makanan kepada bayi mengikut pola-pola yang telah ditentukan. Bila ibu bapa berhenti memikirkan tentang apa yang bayi mereka patut buat di samping mengikut isyarat daripada bayi mereka akan mula menghargai keupayaan semula jadi bayi tersebut untuk perkembangan kendirinya.

Mereka akan dapat melihat bagaimana bayi dapat mengawal corak pemakanan, masa tidur dan terjaga. Kemudian mereka akan dapat melihat bagaimana bayi tersebut belajar untuk duduk, merayap dan merangkak dengan sendiri tanpa perlu menolak atau menujah mereka. Ibu bapa akan percaya kepada bayi tersebut dan juga kepada proses tumbesaran. Gesell menegaskan bahawa tahun pertama masa yang paling sesuai untuk mempelajari tentang ciri-ciri individu seseorang kanak-kanak. Ibu bapa yang bertindak balas dengan keperluan kanak-kanak semasa bayi akan secara semulajadi sensitif terhadap kecenderungan dan keupayaan unik kanak-kanak tersebut.

Mereka akan kurang meletakkan pengharapan dan cita-cita mereka sendiri ke atas kanak-kanak tersebut malah lebih cenderung untuk memberikan ciri-ciri individu kanak-kanak tersebut untuk berkembang dan mencari identiti dirinya sendiri. Gesell menyatakan bahawa ibu bapa perlu pengetahuan teoritikal mengenai trend dan corak perkembangan di samping memiliki rasa sensitif secara intuitif terhadap kanak-kanak. Secara khusus mereka perlu tahu bahawa, perkembangan ada tidak tetap dalam jangkasama antara stabil dengan tidak stabil. Pengetahuan ini akan dibantu oleh pengetahuan yang menyatakan bahawa kanak-kanak berusia dua tahun setengah akan mengalami satu jangkamasa yang mengelirukan yang akan menjadikan mereka sangat degil.

Guru yang mengetahui sistem tumbesaran kanak-kanak, tidak akan memaksa kanak-kanak yang berumur enam tahun untuk mempelajari sesuatu bertentangan dengan daya semula jadinya tetapi akan mengajar latih tubi bila tiba waktunya, kanak-kanak tersebut akan menerima faedah melalui pembelajaran (Gesell, 1946) Pada waktu yang sama, adalah tidak mencukupi untuk mengajar menggunakan teknik-teknik yang sesuai mengikut setiap umur atau kelas, kerana peringkat pembesaran kanak-kanak berbeza termasuklah bakat-bakat istimewa yang terpendam.

Oleh itu, guru perlulah bekerja menuju ke arah keadaan persediaan setiap kanak-kanak mengikut keistimewaan kebolehan mereka. Pada ketika ini, kebanyakan sekolah tidak berbuat demikian. Mereka memberi penekanan yang lebih kepada pencapaian yang seragam seperti pemberian gred mengikut tahap bacaan dimana mereka tidak mengendahkan pembesaran kanak-kanak mengikut masa dan kemungkinan perkembangan keunikan tersendiri.

Sekolah perlu mengajar kemahiran hidup yang seragam tetapi dalam pemerintahan demokrasi, matlamat terunggul ialah untuk membentu kanak-kanak mengembangkan perlakuan kanak-kanak yang sepenuhnya. Untuk berbuat demikian, guru perlu membiarkan kanak-kanak itu sendiri memberi panduan kepada mereka sepertimana kanak-kanak itu sendiri dipandu oleh pelan asas biologi bagi pembesaran optima (Gesell, 1946).

4.2 Jadual perkembangan turutan tingkah laku menurut Arnold Lucius Gesell

Arnold Lucius Gesell (1925) telah berjaya menghasilkan jadual perkembangan turutan tingkah laku (perkembangan motor) kerana beliau berpendapat bahawa semua perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan tertentu. Oleh itu, perkembangan tingkah laku kanak-kanak boleh diramalkan. Contohnya, semasa berumur empat bulan, Fahmi telah boleh merangkak, tingkah laku seterusnya adalah duduk dan mula belajar berdiri. Peringkat perkembangan adalah berbeza-beza antara seseorang induvidu dengan induvidu yang lain kerana kadar pertumbuhan adalah berlainan bagi setiap induvidu.

Jadual perkembangan turutan tingkah laku yang dihasikan oleh Gesell boleh dibahagikan kepada lima peringkat. Pada peringkat pertama iaitu pada usia lahir hingga satu tahun, ciri-ciri perkembangan tingkah laku yang dihasilkan pada usia satu bulan menurut Gesell (1925) ialah bayi dapat menghasilkan tangisan berbeza-beza untuk menyatakan kehendak yang berlainan seperti tangisan lapar adalah berbeza daripada tangisan ketika lampinya basah. Pada usia empat bulan, koordinasi fizikal berlaku pada bayi iaitu mata bayi boleh mengikut objek yang bergerak.

Misalnya bayi dapat melihat kapal terbang mainan yang berpusing. Seterusnya, pada usia enam bulan bayi sudah dapat menggenggam sesuatu objek misalnya bola, kubus kayu, keringcing dan sebagainya. Pada usia tujuh bulan, bayi sudah mula pandai duduk dan merangkak dengan sendirinya tanpa bantuan daripada orang lain kerana pada masa ini otot leher, tangan, kaki, pinggul bayi sudah semakin kuat dan membolehkan bayi duduk dan merangkak dengan cepat. Pada usia dua belas bulan, bayi sudah mahir untuk melangkahkan kakinya dengan berpaut pada kerusi, meja untuk mengimbangkan berat badanya.

Pada peringkat kedua iaitu pada usia satu hingga dua tahun, kematangan fizikal dan mental mula meningkat iaitu bayi sudah pandai jalan bertatih dibantu oleh pengasuhnya. Pada tahap ini juga, bayi sudah mula faham istilah” jangan” dan pada usia dua tahun bayi sudah mahir untuk berjalan tanpa bantuan daripada pengasuhnya kerana bayi sudah memperolehi keseimbangan badan yang sempurna. Pada peringkat ke tiga iaitu pada usia dua hingga tiga tahun bayi sudah mengcapai koordinasi mata, tangan dan kaki yang semakin sempurna misalnya boleh mengurus diri sendiri seperti boleh makan dan memakai kasut dengan sendiri dan mula boleh bercakap dengan menggunakan ayat yang mudah tetapi tidak begitu baik dan ayat yang digunakan tidak begitu lengkap.

Pada peringkat keempat iaitu pada usia tiga hingga empat tahun, koordinasi dan kematangan fizikal kanak-kanak sudah semakin kukuh misalnya boleh menunggang basikal beroda tiga dan boleh menuruti arahan mudah daripada ibu bapa. Pada tahap kelima iaitu pada usia empat hingga lima tahun, proses interaksi kanak-kanak mula terbentuk kerana pada tahap ini kanak-kanak mula bersosialisasi dan bergaul dengan rakan-rakan seusia denganya kerana pada masa ini kanak-kanak telah bersedia untuk memasuki alam persekolahan iaitu ke kelas pra sekolah. Pada peringkat ini juga kanak –kanak suka untuk mengemukakan soalan kepada penjaganya samaada ibu, ayah, guru dan sebaginya untuk mengetahui sesuatu pekara kerana kanak-kanak pada usia sebegini mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi berdasarkan pemerhatian mereka terhadap persekitaran sekeliling.

4.3 Aktiviti mengikut peringkat umur menurut Arnold Lucius Gesell

Antara aktiviti yang boleh dilakukan pada setiap peringkat umur mengikut teori Arnold Gesell ialah penerokaan permainan untuk kanak-kanak berusia lahir hingga satu tahun. Ibu bapa atau pengasuh sangat memainkan peranan yang penting untuk memberi rangsangan yang positif dalam membantu perkembangan bayi tersebut. Cara aktiviti ini dilakukan ialah letakkan bayi di lantai atau ruangan yang lebih luas dan bersih kerana bayi memerlukan ruang yang lebih luas untuk meneroka persekitaranya.

Seterusnya ibu bapa dapat memberi rangsangan kepada bayi dengan memberi bayi pelbagai jenis permainan yang berwarna-warni, berbunyi dan tidak mudah pecah kepada bayi misalnya kubus kayu, bola, keringcing untuk menarik perhatian bayi bermain dan pada masa yang sama, ibu bapa digalakkan untuk bermain bersama bayi dan memberi dorongan kepada bayi disamping dapat mengawasi bayi tersebut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat merangsang perkembangan motor kasar dan motor halus bayi misalnya merangkak kerana pada masa ini otot pinggul, bahu,tangan dan kaki bayi sudah semakin kuat dan bayi dapat mengenggam atau memegang objek ketika bermain.

Pada peringkat ke dua iaitu pada usia satu hingga dua tahun, aktiviti yang boleh dilakukan ialah jalan bertatih. Aktiviti ini boleh dilaksanakan di kawasan yang lapang dan luas seperti ruang tamu, lantai yang mempunyai permukaan yang lembut, halaman rumah, taman permainan dan sebagainya kerana bayi memerlukan ruangan yang besar untuk belajar berjalan. Ibu bapa boleh memberi dorongan kepada bayi dengan membantu bayi ketika proses bertatih dengan mendampingi anak dari belakang bagi mendapatkan sokongan yang baik. Selain itu, alat bantuan seperti baby walker boleh digunakan bagi membantu bayi semasa proses bertatih. Aktiviti ini juga akan membantu perkembangan motor kasar dan motor halus bayi kerana pada usia ini bayi sudah boleh melangkah kakinya dan dapat mengimbangkan berat badanya.

Seterusnya, pada peringkat ketiga iaitu pada usia dua hingga tiga tahun. Aktiviti yang boleh di jalankan ialah mengajar cara makan yang betul kepada kanak-kanak. Ibu bapa boleh menggalakkan kanak-kanak untuk makan dengan sendirinya kerana kanak-kanak pada usia sebegini kanak-kanak mampu untuk makan dengan sendiri kerana pergerakkan motor halus iaitu koordinasi mata, tangan dan keseimbangan badan kanak-kanak sudah sempurna. Ibu boleh memberi rangsangan kepada kanak-kanak dengan meletakkan makanan yang lembut ke dalam bekas plastik misalnya agar-agar, nestum dan sebagainya kemudian ibu hendaklah mengajar kanak-kanak tersebut memegang sudu dan cara makan yang betul dengan pengawasan daripada daripada ibu bapa. Seterusnya ibu atau bapa boleh memberi peneguhan positif kepada kanak-kanak seperti pujian, bertepuk tangan jika kanak-kanak berjaya menyuapkan makanan ke dalam mulut bagi merangsang kanak-kanak untuk terus berusaha.

Aktiviti seterusnya ialah menunggang basikal beroda tiga bagi kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun iaitu pada tahap yang ke empat. Ibu bapa atau penjaga memainkan peranan yang penting dengan membantu kanak-kanak mengimbangi badan di atas basikal beroda tiga. Ibu bapa juga perlu memberi rangsangan serta sokongan kepada kanak-kanak supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan aktiviti berbasikal dengan pengawasan dan pemerhatian daripada penjaga dalam aktiviti tersebut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak kerana pergerakkan yang terlibat semasa menunggang basikal beroda tiga ini mampu merangsang perkembangan tersebut. Misalnya genggaman tangan dan kayuhan basikal merupakan salah satu contoh pergerakkan motor kasar dan halus kanak-kanak.

Akhir sekali pada peringkat kelima iaitu pada usia empat hingga lima tahun. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah bermain di taman permainan. Aktiviti ini boleh dijalankan dengan penglibatan rakan-rakan yang sebaya yang seusia denganya. Ibu bapa atau penjaga boleh membawa kanak-kanak tersebut ke taman permainan yang berdekatan dan berikan kebebasan kepada kanak-kanak untuk bermain dengan rakan-rakan namun masih dalam pengawasan daripada ibu bapa. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan sosialnya iaitu kebolehan kanak-kanak untuk berinteraksi, bergaul dan bersosialisai dengan orang lain dengan cara bermain.

5.0 Profil Robert James Havighurst

Robert James Havighurst dilahirkan pada 5 Jun 1900 di De Pere, Wisconsin. Beliau adalah seorang professor, pendidik dan pakar penuaan. Kedua-dua ibu bapanya, Freeman Alfred Havighurst dan ibunya, Winifred Weter Havighurst adalah seorang pendidik di Universiti Lawrence. Robert Havighurst adalah seorang yang rajin bekerja dan amat terkenal pada tahun 80-an. Menurut maklumat daripada keluarganya, Robert Havighurst meninggal dunia pada umur 90 tahun akibat penyakit Alzheimer.

Robert Havighurst mula melangkah ke bidang pendidikan di Wisconsin dan Illinois. Beliau mendapat banyak ijazah dan telah mencapai pelbagai pencapaian dalam bidang akademik Pada tahun 1918 -1921 B.A dari Ohio Wesleyan University, manakala pada tahun 1922 M.A dari Ohio State Universiti, seterusnya pada tahun1924, mendapat PHD di Chemistry Ohio State Universiti, pada tahun 1953-1954, Fulbright Scholar, Universiti Canterbury, New Zealand, pada tahun 1961, Fulbright Scholar, University Buenos Aires, 1962 Honorary Degree Sc. Di Universiti Adelphi dan pada tahun 1963, beliau mendapat Hon. L.L.D di Ohio Wesleyan University. Ini adalah sebahagian daripada kata-kata atau mutiara kata daripada Robert James Havighurst mengenai teori yang diperkenalkannya.

"Family life is the source of the greatest human happiness. This happiness is the simplest and least costly kind, and it cannot be purchased with money. But it can be increased if we do two things: if we recognize and uphold the essential values of family life and if we get and keep control of the process of social change so as to make it give us what is needed to make family life perform its essential functions."

"The modern world needs people with a complex identity who are intellectually autonomous and prepared to cope with uncertainty; who are able to tolerate ambiguity and not be driven by fear into a rigid, single-solution approach to problems, who are rational, foresightful and who look for facts; who can draw inferences and can control their behavior in the light of foreseen consequences, who are altruistic and enjoy doing for others, and who understand social forces and trends."

"A successful mother sets her children free and becomes free herself in the process."

"The two basic principle processes of education are knowing and valuing."

"A developmental task is a task which is learned at a specific point and which makes achievement of succeeding tasks possible. When the timing is right, the ability to learn a particular task will be possible. This is referred to as a ‘teachable moment’. It is important to keep in mind that unless the time is right, learning will not occur. Hence, it is important to repeat important points whenever possible so that when a student's teachable moment occurs, s/he can benefit from the knowledge."

Robert Havighurst adalah seorang ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal dengan mengemukakan teori-teori tugas-tugas perkembangan manusia berlandaskan sosiobudaya berkaitan dengan perkembangan jasmaninya. Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas, seperti,berjalan, berlari atau melompat, yang di lahirkan di dalam kehiduoan individu pada satu peringkat tertentu. Kejayaan inidividu dalam perlaksanaan tugas tertntu akan menbawa kepuasan serta mengdorongkannya mengulangi tugas tersebut. Kegagalan melaksanakan tugas pada kali pertama akan membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya melakukan tugas itu.

Beliau pula menegaskan bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat. Robert Havighurst dalam bukunya Human Development And Education (1953) menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak. Beliau telah membahagikan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak kepada tiga iaitu peringkat lahir hingga awal kanak-kanak (0 hingga 6 tahun), kanak-kanak (6 hingga 12 tahun), awal remaja dan remaja (12 hingga 18 tahun).

Pada peringkat kedua iaitu peringkat kanak-kanak (6 hingga 8 tahun), Havighurst mengatakan kanak-kanak dapat membezakan lelaki dan perempuan. Mereka dapat membentuk konsep diri yang sihat kerana kanak-kanak tahu membuat perbandingan. Selain itu juga, kanak-kanak dapat menguasai konsep-konsep moral,nilai dan kemahiran hidup. Mereka biasanya dilatih untuk belajar berdikari kerana kanak-kanak pada peringkat ini seharusnya digalakkan membuat kerja dengan usaha sendiri. Mereka tidak boleh bergantung kepada orang sekeliling mereka kerana daripada usaha mereka sendiri, kanak-kanak dapat membentuk sifat kebebasan peribadi. Guru-guru di sekolah boleh mengajar kanak-kanak kemahiran membaca, menulis dan mengira kerana perkembangan otak pada peringkat ini berlaku dengan sangat cepat.

Robert Havighurst berpendapat bahawa setiap individu mesti menyelesaikan tugasan pada setiap peringkat perkembangan. Sekiranya tugasan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya,hasilnya akan membawa kebahagian kepada individu tersebut. Jika tidak, individu itu akan mengalami masalah perkembangan pada peringkat seterusnya. Havighurst mendefinisikan tugasan sebagai kemahiran, sikap, kefahaman dan pencapaian sebagai ciri-ciri setiap peringkat perkembangan. Tugasan atau perkembangan adalah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh individu.

Sebagai contohnya, bayi perlu merangkak terlebih dahulu sebelum berjalan (lebih rumit) di mana bayi perlu menyelesaikan masalah merangkak sebelum berjalan iaitu kemahiran yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat. Ini kerana perkembangan kanak-kanak sudah semestinya lebih lancar sekiranya ibu bapa memahami keperluan pembelajaran anak mereka terutamanya dlam proses ini. Perkembangan tugasan seseorang adalah mengikut peringkat umur masing-masing.

Faktor persekitaran mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, setiap individu, kecuali kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri-ciri fizikal seperti saiz badan, tinggi – rendah, berat- ringan, bentuk dan warna, organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian menunjukkan ciri-ciri fizikal luaran khasnya warna rambut dan organ deria diwarisi oleh gen-gen ibu bapa.

5.1 Jadual Tugas Perkembangan individu merangkumi 10 peringkat usia

5.2 Aktiviti mengikut Teori Robert Havirgust

Robert Havighurst merupakan seorang pakar psikologi Amerika yang terkenal dengan teori perkembangan sosiobudaya dan antropologi. Beliau telah menghuraikan konsep tugas perkembangan dalam bukunya human Development and Education yang diterbitkan pada tahun 1953. Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tinkah laku yang sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu ( Atan Long, 1980). Newman dan Newman (1999) berpendapat tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh individu untuk menambah penguasaan terhadap persekitara. Beliau berpendapat bahawa perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi keluarga amat mempengaruhi kanak-kanak dalam membentuk personaliti mereka. Kanak-kanak yang berada dalam persekitaran yang baik kebanyakannya lebih berjaya berbanding dengan kanak-kanak yang berada dalam persekitaran yang kurang baik. Havighurst membahagikan teori perkembangan kepada tiga peringkat iaitu:

i) Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (0 – 6 tahun)

Pada usia ini kanak-kanak mula mengenali persekitaran yang ada disekeliling mereka. Keinginan mereka untuk mencuba sesuatu amat ketara. Mereka mula belajar bercakap dan berinteraksi dengan orang yang ada disekelilingnya seperti ibu bapa, saudara mara, kawan-kawan serta guru mereka. Melalui percakapan ini mereka mula belajar menyebut perkataan yang mudah sehingga terbentuknya satu ayat. Contohnya, sayuqina yang berusia 5 tahun sudah pandai memahami setiap arahan yang diberikan oleh ibunya. Selain itu, syauqina juga mempunyai keinginan untuk membuat sesuatu yang dirasakan betul seperti mengayuh basikal bersama teman-teman serta meniru gaya orang lain seperti meniru gaya ibunya memakai tudung. Disekolah, beliau belajar bertolak ansur dan bertimbang rasa dengan rakan sebaya, contohnya berkongsi mainan dengan kawan-kawan. Syauqina dapat bergaul dengan rakan-rakan sebaya ketika disekolah dan menjadikan beliau sentiasa seronok ketika diwaktu persekolahan. Kanak-kanak pada peringkat ini juga belajar mendengar pandangan orang lain seperti memberitahu mereka secara baik bahawa perkara yang mereka lakukan itu adalah salah. Mereka juga bijak dalam membezakan betul dan salah serta membuang najis ditempat yang betul.

ii) Peringkat pertengahan kanak-kanak ( 6 – 12 tahun )

Kanak-kanak pada peringkat ini kebanyakannya boleh menguasai beberapa kemahiran seperti kemahiran dalam menguasai sesuatu permainan contohnya permainan yang melibatkan pergerakan motor kasar seperti tangan, kaki dan sebagainya. Jika ibu bapa yang menginginkan anak mereka bergelar jaguh badminton, mereka perlu memberi galakan dan latihan agar mereka dapat menguasai kemahiran tersebut. Contohnya Haji Sidek melatih anak-anaknya untuk mahir dalam sukan badminton sejak kecil lagi iaitu pada peringkat ini. Selain itu mereka juga dapat menguasai kemahiran 3M iaitu, membaca, menulis dan mengira. Kemahiran seperti ini dapat membantu mereka dalam proses pembelajaran disekolah serta keperingkat yang seterusnya. Kanak-kanak ini juga mula untuk berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral.

Nicol David, merupakan jaguh skuasy dunia. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang. Nicol ialah anak perempuan kacukan Cina India kepada Desmond David, seorang jurutera berketurunan India dan Ann Marie David, seorang guru berketurunan Cina. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik lain yang bernama Liane dan Cheryl, kedua-duanya adalah pemain-pemain skuasy pada aras kebangsaan. Pertembungan pertama Nicol David dengan skuasy bermula pada awal usianya pada 6 tahun pada masa itu beliau sangat kecil yang mana raket skusynya lebih besar daripada beliau dan beliau tidak ada kekuatan untuk mengangkatnya. Pada usia 8 tahun, Nicol mula memandang serius pada skuasy,berlatih dengan tetap dan bermain di dalam pertandingan skuasy. Melihat pada usianya ramai yang tidak menyangka bahawa beliau dapat bergelar ratu skusy pada hari ini dan gelaran datok yang diterimanya amat berbaloi dengan pencapaiannya selama ini.

Dorongan ayah dan ibunya serta kejayaan adik beradiknya dalam sukan skuasy menjadi pendorong untuk beliau berjaya. Kanak-kanak pada usia ini jika dilatih dan didorong kerah kajayaan maka suatu hari mereka akan berjaya dengan cemerlang. Faktor sekeliling amat penting jika mahukan mereka menjadi insan yang berguna dimasa akan datang dan menjadi pengganti pemimpin yang sedia ada. Oleh itu, peranan ibu bapa dalam menentukan corak dan masa depan anak-anak mat perlu dititik beratkan.

iii) Peringkat awal remaja dan remaja (12 – 18 tahun)

Remaja akan mencapai kematangan fizikal seperti ketinggian maksimum pada peringkat ini. Dari segi kognitif, mereka mula berada di peringkat operasi formal, iaitu boleh membuat pemikiran hipotetikal-eduktif. Dari segi perkembangan emosi, timbul pelbagai emosi lain seperti ingin kejayaan dan penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal emosi. Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya. Remaja pada peringkat ini juga mula tertarik kepada rakan sebaya daripada jantina yang berlainan. Mereka juga mula mengalami perubahan yang ketara dari segi emosi, jasmani, rohani, dan fizikal.

Perubahan mereka pada peringkat ini begitu jelas sekali iaitu dari segi bentuk badan. Ada di antara mereka yang perubahan bentuk badannya tidak setara dengan usia mereka. Hal ini menunjukkan bahawa kematangan yang dialami seseorang individu itu tidak dipengaruhi oleh usia tetapi dipengaruhi oleh persekitaran yang ada disekeliling mereka. Mereka juga mula berminat untuk bergaul dengan rakan yang berlainan jantina serta menginginkan kebebasan dalam pergaulan tanpa disekat oleh orang lain terutamanya ibubapa. Selain itu mereka dapat memantapkan konsep baik dan buruk dalam kehidupan seharian.

Contohnya seperti Norhafiza yang berusia 17 tahun. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dalam pelajaran. Norhafiza mempunyai karakter yang ceria dan peramah. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, Norhafiza sentiasa menjadi pelajar terbaik di sekolahnya. Beliau menjadi pelajar contoh untuk pelajar yang lain. Beliau juga aktif bersukan dan aktif dalam program kepimpinan seperti ketua pengawas sekolah dan pengerusi kelab pidato. Norhafiza juga seperti remaja yang lain yang inginkan kebebasan untuk bergaul dengan rakan sebaya walaupun dia mempunyai kotmitmen dalam pelajaran serta aktiviti yang beliau ceburi.

Rakan-rakan juga merupakan salah satu pendorong untuk beliau berjaya dalam pelajaran kerana beliau sentiasa bertukar pendapat dan berkongsi masalah pelajaran bersama rakan-rakannya. Tetapi beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab yang dipikulnya. Norhafiza sentiasa tekun mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini. Beliau menjadikan ayah, ibu, abang serta kakaknya sebagai pendorong untuk beliau terus berjaya. Norhafiza sentiasa menjadikan abang dan ayahnya sebagai idola dan berharap agar suatu hari beliau juga akan bergelar doktor seperti mereka.

Jelaslah bahawa faktor sekeliling banyak mendorong seseorang itu untuk berjaya. Sekiranya mereka berada dalam kelompok yang baik dan mempunyai masa depan yang cerah maka potensi mereka untuk berjaya juga tinggi. Tetapi jika mereka berada dalam kelompok yang sebaliknya maka genersi yang bakal lahir adalah generasi yang tidak mempunyai masa depan.

6.0 Profil G. Stanley Hall

G Stanley Hall telah di dilahirkan pada 1 Februari 1844 di Ashfield, Massachusetts. Ibunya menitikberatkan tentang keagamaan. Oleh itu beliau belajar di Williams College pada 1867 , dan kemudian belajar di Union Theological Seminary bagi menyiapkan diri sebagai seorang paderi. Kehendaknya adalah untuk mengembara dan mencapai sesuatu penting dalam dunia. Dengan ini beliau pergi ke Jerman selama 3 tahun. Disana beliau belajar tentang psikologi dan antara pensyarah beliau ialah Du Bois-Reymond's. Selepas tamat belajar disana, beliau pulang ke New York dan bekerja sebagai paderi di sebuah gereja. Kemudian beliau mengajar di Antioch College, Dayton, Ohio. Beliau bertolak sekali lagi ke Jerman untuk belajar dengan Wilhelm Wundt ahli psikologi.

Selepas itu, beliau ditawarkan menjadi pensyarah di Harvard University. Antara rakan sekerjanya ialah William James. Beliau menerima kedoktorannya pada 1878 dan menjadikan beliau sebagai orang pertama Amerika yang mendapat kedoktoran dalam psikologi. Kemudian pada tahun 1880, beliau bekerja bersama Wilhelm Wundt di makmal Leipzig. Pada 1882 dia pernah dilantik sebagai profesor psikologi dan pedagogi di Johns Hopkins University, dan menjadikan beliau sebagai orang pertama Amerika bekerja di makmal psikologi. Pada 1889 Hall dipilih sebagai presiden pertama Clark University, dan bekerja selama 31 tahun sebagai presiden di Clark University. Pada 1887 beliau menjadi Presiden pertama dalam Kelab Psikologi Amerika. Beliau meninggal dunia pada 24 April 1924.

Dia seorang ahli psikologi Amerika dalam bidang keremajaan dan juga merupakan seorang pendidik. Dia tertumpu perhatiannya pada keperluan pendidikan remaja-remaja. Dia memberi banyak sumbangan untuk pendidikan Amerika dalam psikologi, termasuk kepimpinannya dalam kajian kanak-kanak dan penjajahannya kepada teori remaja-remaja. Beliau membantah hebat untuk penekanan pada subjek-subjek ajaran tradisional, seperti huruf Latin, Matematik, Sains, dan Sejarah, di sekolah tinggi, sebaliknya sekolah tinggi itu harus lebih memberi tumpuan pada pendidikan remaja-remaja dan menyediakan pelajar untuk melangkah ke kolej.

6.1 Penubuhan Institusi Kanak-kanak di Clark Universiti

Pada tahun 1909, beliau telah menubuhkan Institusi Kanak-Kanak Di Clark University. (Children Institute di Clark University). Institut ini diasaskan dengan tujuan menambahkan pengumpulan data-data ke atas kanak-kanak, beliau pada mulanya berharap akan mewujudkan psikologi berdasarkan prinsip-prinsip genetik dan bersifat evolusi (hasil langsung kepentingan fungsionalisnya dalam penyesuaian mental) dan menggunakan data itu untuk membentuk asas untuk amalan-amalan pendidikan bunyi. Institut itu berfungsi kerana kedua-dua sebuah makmal untuk data bagi mengesahkan teori rekapitulasi Hall, dan seperti sebuah program untuk mengajar dan meningkatkan kajian kanak-kanak kepada guru dan lain-lain dalam pendidikan.

Data-data ini tidak membantu keupayaan bagi mengesahkan kedudukan teori ini. Oleh itu, institut ini berfungsi terutamanya sebagai satu entiti pendidikan dan menarik kepentingan pengajar-pengajar, guru-guru, dan ibu bapa. Beliau telah mewujudkan satu suasana intelektual daripada mewujudkan sesuatu persekitaran yang formal. Beliau menyumbang sesuatu yang baru dalam ilmu psikologi iaitu kepentingan genetik dan evolusi dalam psikologi, yang telah dibuktikan melalui tulisan-tulisannya dan sokongannya kajian psikologi perkembangan dari segi perspektif filogenetik dan ontogenetik. Teori ini menjelaskan bahawa setiap individu akan melalui proses perubahan dari segi deria pemikiran & deria fizikal selaras denagn perkembangan minda & tubuh badan.

Idea-idea ini membangkitkan beliau bagi meneliti aspek-aspek perkembangan kanak-kanak dalam tingkah laku kanak-kanak itu sendiri. Pembangunan kanak-kanak dipengaruhi oleh tingkah laku mereka. Walaubagaimanapun karakter subjektif tentang kajian ini membuatkan pengesahannya mustahil. Kerjanya juga telah diselidiki menggambarkan kontrovesi tentang perbezaan di antara perempuan dan lelaki sama seperti konsep cara menambah penduduk sesuatu bangsa.

Beliau menggunakan Teori Evolusi Darwin dan Teori Ernst Haeckel ("ontogeni mengulang filogeni") sebagai rujukan yang paling besar dalam kajian beliau. Pada lewat Century ke-19, Hall telah dipengaruhi oleh Charles Teori Evolusi Darwin. Teori Evolusi Darwin adalah adalah diilhamkan daripada Charles Darwin adalah seorang naturalis Inggeris yang teori revolusinya meletakkan landasan bagi teori evolusi moden dan prinsip garis keturunan yang sama (common descent) dengan mengajukan seleksi alam sebagai mekanismanya.

Teori ini kini dianggap sebagai komponen integral dari biologi (ilmu hayat) Ia menyediakan satu daya untuk peperiksaan saintifik perkembangan kanak-kanak. Penekanannya pada tingkah laku kewujudan spesies berbeza dirangsang oleh satu kecenderungan dalam melihat kanak-kanak bagi mengenal pasti mereka kelakuan adaptif . Kajian-kajian ini adalah nilai saintifik yang terhad kerana kurang objektiviti dan kerap gagal dengan menggambarkan kelakuan diperhatikan, pengesahan pembuatan adalah mustahil. Darwin telah memerhatikan yang anak akan mewarisi satu persamaan daripada ibu bapa mereka iaitu dikenali sebagai baka.

Teori Evolutionary akan meluaskan skop psikologi dan membawa kepada satu "genetik" analisis peringkat-peringkat pertumbuhan dan pembangunan manusia. (Gutek, Gerald. Pendidikan di Amerika Syarikat.- An Historical Perspective. Prentice-Hall, 1986. Halaman 196.) Teori Ernst Haeckel adalah ilham daripada ahli biologi ternama dari Jerman iaitu Ernst Haeckel, seorang naturalis, doktor, profesor dan seniman, yang menemukan, menjelaskan, dan menamakan ribuan spesies baru, membuat peta pohon genealogi hubungan semua makhluk hidup, dan membuat istilah biologi baru, seperti filum, filogeni, ekologi, dan kingdom Protista. Haeckel menyebar dan memperluaskan karya Charles Darwin di Jerman, serta mengembangkan Teori Rekapitulasi yang kontroversial.

6.2 Peringkat–peringkat Perkembangan dan pertumbuhan

Teori perkembangan G.Stanley Hall tidak digunakan dengan meluas dalam dunia perdidikan kerana telah muncul teori perkembangan yang lain iaitu teori perkembangan kognitif Jean Piaget. Dalam teori ini, terdapat 3 peringkat perkembangan dan pertumbuhan iaitu:

i) Peringkat pertama

Daripada enam atau tujuh pengalaman hidup kanak-kanak adalah melalui deria-deria fizikal yang menyerupai binatang-binatang. Pertumbuhan fizikal adalah pesat dan tahap tenaga adalah tinggi. walaubagaimanapun alasan ini belum dikembangkan, kerana sensitif kepada agama, atau sosialisasi. Contohnya mereka akan membuat sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian mereka tanpa memikirkan kesap dan akibat.

ii) Peringkat kedua

Daripada usia lapan tahun, otak telah berkembang untuk saiz sepenuhnya. Beliau membantah bahawa jika pada peringkat ini pendidikan formal sepatutnya mula. Kerana kemahiran-kemahiran pemikiran bagi membangunkan kanak-kanak pada peringkat ini adalah kejam dan tidak sesuai disebabkan mereka tidak bersiap sedia untuk menangani dengan pemikiran yang kompleks atau isu-isu moraliti. Tingkah laku kanak-kanak yang negatif mula terbentuk seperti tidak menghormati orang lain dan menunjukkan kelakuan nakal

iii) Peringkat ketiga

Peringkat ini adalah peringkat keremajaan kanak-kanak. Pada peringkat perkembangan seksual bermula. Beliau beranggapan dan membantah tentang sekolah campuran kerana baginya adalah tidak sesuai pada peringkat ini. Tanpa gangguan seks kanak-kanak pada peringkat ini boleh belajar dengan lebih baik. Mereka lebih bersedia belajar tentang isu-isu moral, dan bagaimana untuk hidup dalam masyarakat. Beliau berpendapat sekolah tinggi adalah untuk memfokuskan pada persediaan untuk kehidupan dalam bermasyarakat. Adalah lebih bagus dan wajar jika mereka menyambung pengajian mereka pada peringkat yang lebih tinggi.

6.3 Ujian kebolehan bakat umum (The General Aptitude Test Battery)

Ujian ini di gunakan sebagai penentu terhadap kecekapan pemikiran seseorang kanak-kanak. Ia merupakan salah satu bakat semula jadi yang diperolehi melalui pengetahuan, pemahaman dan juga sikap. Seseorang akan melakukan sesuatu bagi mencapai satu tahap tertentu mengikut Kecenderungan-kecenderungan terhadap fizikal atau mental. Sifat semula jadi dan bakat adalah kesan kepada pencapaian yang mewakili pengetahuan atau keupayaan yang diperolehi. Hubungan antara bakat dan darjah kecerdasan adalah bertentangan,dengan keupayaan mental manusia. Keupayaan lisan, angka dan ruang.bakat digabungkan bagi melihat keupayaaan mental seseorang samada rendah atau tinggi. Bakat seseorang lahir dari diri mereka sendiri. IQ adalah amat penting dari bakat. Ini kerana keupayaan IQ akan kita lihat bermula dari peringkat awal lagi.

6.4 Contoh ujian kebolehan bakat umum

Soalan: Padankan rajah A dan rajah B mengikut bentuk bongkah yang sama.

Jawapan: A-5, B-3, C-6, D-1, E-4, F-2

Kesimpulan : Melalui ujian ini kanak-kanak boleh melakukan aktiviti mengenal pasti bentuk sesuatu objek dan juga kanak-kanak dapat mengenal abjad dan nombor yang terdapat dalam kotak tersebut.

7.0 Penutup

Berdasarkan ketiga-tiga teori dapat disimpulkan bahawasanya tahap perkembagan kanak-kanak adalah berbeza dari pelbagai sudut seperti fizikal, kognitif, emosi & sosial walaupun masing-masing melalui peringkat pertumbuhan yang sama.Perkembangan dan pertumbuhan seseorang kanak-kanak juga di pengaruhi oleh persekitaran.jika baik persekitaran yang di bina maka pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak juga baik.Selain itu juga pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak juga di pengaruhi oleh peranan ibu bapa dan guru,Ibu bapa atau guru seharusnya seiring dan bekerjasama dalam merancang sesuatu perkara bagi membantu pencapaian pertumbuhan kanak-kanak secara optimum , supaya tahap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak berkembang seiring.

Sehubungan itu, semua keperluan dan kepentingan dalam pertumbuhan dan perkembangan dapat dipenuhi oleh kanak-kanak dengan baik.ibu bapa dan guru perlu menyediakan keperluan yang baik bagi membantu kanak-kanak dalam pertumbuhan dan perkembangan mereka,semua keperluan dan kepentingan terhadap kanak-kanak adalah saling berkaitan.penyedian terhadap keperluan dalam mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan seseprang kanak-kanak haruslah perlu di titik beratkan dari aspek keselamatan dan kualiti sesuatu perkara agar perkara tersebut memberi kepentingan kepada kanak-kanak tersebut.

Penyediaan sesuatu keperluan haruslah jaga berdasarkan tahap perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh apabila kanak-kanak tersebut baru pandai mengayauh basikal ,maka ibu bapa perlu menyediakan sebuah basikal yang beroda tiga. Hal ini kerana kanak-kanak tersebut baru pandai menggunakan basikal dan baru pandai mengayuh.oleh itu amat bahaya jika ibu bapa membiarkan kanak-kanak tersebut mengayuh basikal tanpa sokongan. Kanak-kanak tersebut masih berada pada tahap rendah dalam menguasai kemahiran tersebut. Oleh itu penyediaan terhadap sesuatu keperluan untuk kanak-kanak harus menitikberatkan keselamatan dan kepentingannya.

8.0 Bibliografi

  1. Abdul Aziz Shukor, Ramlah Jantan, Suppiah Nachiappan (2007). Psikologi pendidikan. Kuala lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd
  2. Carol Seefeldt & Barbaraa A. Wasik Palatini (2006). Early Education Three, Four and Five Years Olds Go To School. Pearson Education Inc.
  3. Consult G. E. Partridge (2010). Genetic Philosophy of Education. Diperoleh pada Januari 2, 2010 daripada.http://en.wikipedia.org/wiki/G._Stanley_Hall.
  4. Fuchs, Estelle, and Havighurst, Robert J. 1973. To Live on This Earth: American Indian Education. Garden City, NY: Anchor Press/Doubleday.
  5. Huzaidy Hussein.(2010). Biodata G.Stanley Hall. Diperoleh pada Januari 3, 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/4384568/bio-of-g-stanley-hall
  6. Robert J. Havighurst (1971) Developmental Tasks and Education, Third Edition. New York. Longman.

Sunday, March 28, 2010

Penghargaan

Posted by teori perkembangan at 10:27 PM 0 comments

Posted by teori perkembangan at 10:22 PM 0 comments
KURSUS
PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN
KAF 2023

TAJUK
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL,
ROBERT HAVIGHUSRT DAN G. STANLEY HALL

AHLI KUMPULAN
NOOR SYAFIQAH BINTI NAPIAH D 20082033977

NUR HIDAYAH SHAZIRA BINTI MOHD SHUKOR D20082034022

NURUL LAILI ASYIKIN BT AHMAD SHAMSUDDIN D 20082034030

NORHIDAYAH BINTI MOHD FISAH D 20082034048

NUR ASYIQQIN BINTI NGAH D 20082034065

HAMIZAH BINTI YUSOFF D 20082034070

PENSYARAH
CIK NORLY BINTI JAMIL

KUMPULAN A

Friday, March 26, 2010

Soalan Latihan

Posted by teori perkembangan at 11:11 AM 0 comments

SOALAN:

Bandingkan persamaan yang terdapat dalam ketiga-tiga teori yang dibincangkan. Teori Arnold Gasell, Robert Havighurst, G Stanley Hall?

JAWAPAN:

Aspek pertumbuhan pada seseorang yang boleh diukur secara kuantitatif seperti tinggi, berat dan gigi. Manakala Aspek perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif seperti menulis, membaca, bersosial dan bersukan. Ketiga- tiga tokoh iaitu Arnold Gasell, Robert Havighurst, G Stanley Hall adalah merupakan tokoh yang membincangkan mengenai pertumbuhan dan perkembangan motor kanak-kanak. Terdapat beberapa persamaan di antara tokoh-tokoh tersebut.

Persamaan yang pertama ialah pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah tidak boleh dipaksa atau dikawal pergerakan mereka. Ini adalah disokong oleh kedua-dua teori iaitu Arnold Gasell dan G Stanley Hall. Arnold Gasell berpendapat seseorang individu mampu berkembang mengikut tahap umur dengan kadar perkembangan sendiri tanpa ada paksaan untuk mencapai perkembangan tersebut. Ini bermakna selagi otak, tisu dan saraf serta anggota badan kanak-kanak tidak bersedia maka kita tidak boleh memaksa mereka untuk melakukan sesuatu kemahiran. G Stanley Hall pula percaya bahawa kanak-kanak boleh berkembang pada kadar yang pesat sekiranya tidak dipaksa.

Persamaan yang kedua ialah ketiga-ketiga tokoh menyatakan perkembangan kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat umur tertentu. Arnold Gasell menyatakan bahawa bahawa kematangan fizikal adalah faktor utama proses pembelajaran mengikut peringkat umur. Perkembangan individu mengikut jadual waktu yang ditetapkan dan pola tertentu. Arnold Gasell telah menghasilkan jadual perkembangan tingkah laku (1925). Contohnya kanak-kanak yang berumur 4 bulan mula merangkak kemudian berjalan dan kemudiannya berlari ikut peningkatan umur. Robert Havighurst pula menyatakan perkembangan adalah jangkaan ibu bapa atau masyarakat tentang tingkah laku yang sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu. Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu-satu masa dalam hidup individu tersebut. Ini bermakna keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya membawa kebahagian individu dan sebaliknya. Robert Havighurst telah menghasilkan jadual perkembangan individu yang merangkumi 10 peringkat usia. G Stanley Hall menjelaskan bahawa setiap individu akan melalui proses perubahan dari segi deria pemikiran & deria fizikal selaras denagn perkembangan minda & tubuh badan. Idea-idea ini membangkitkan beliau bagi meneliti aspek-aspek perkembangan kanak-kanak dalam tingkah laku kanak-kanak itu sendiri. Pembangunan kanak-kanak dipengaruhi oleh tingkah laku mereka. G Stanley Hall telah membahagikan kanak-kanak pada 3 peringkat perkembangan.

Persamaan yang ketiga ialah pertumbuhan dan perkembangan adalah dipengaruhi oleh faktor baka. Arnold Gasell menyatakan baka adalah penggerak utama terhadap perkembangan diri sesorang individu. Beliau juga mempercayai bahawa kematangan fizikal merupakan faktor utama dalam menentukan proses pembelajaran. kalau baik bakanya maka baiklah individu yang terhasil. Robert Havighurst pula menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor biologi. Faktor biolagi atau dikenali sebagai kebakaan adalah melibatkan permindahan sifat-sifat fizikal dan personaliti serta pembawaan daripada ibu-bapa kepada anak-anaknya.

Persamaan yang keempat ialah faktor persekitaran mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan sesorang individu. Arnold Gasell menyatakan kanak-kanak memerlukan persekitaran sosial untuk menyedari potensinya tetapi Gesell juga turut menegaskan bahawa kuasa sosialisasi bertindak dengan berkesannya seiring dengan prinsip kematangan dalaman. Hal ini kerana, sebaik sahaja bayi itu dilahirkan mereka memasuki jenis persekitaran yang berlainan. Ianya juga bukan persekitaran yang bertemu dengan kehendak fizikal tetapi persekitaran sosial dan budaya yang cuba menggalakannya berkelakuan dalam cara yang sewajarnya. Robert harvighurst berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermakna perkembangan personalitinya juga turut dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma serta budaya masyarakat dan persekitarannya. Beliau menyatakan pula dalam kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan tua, kanak-kanak harus mencapai perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di tempat individu itu tinggal. Maka ini bermaksud kanak-kanak akan dipengaruhi oleh persekitaran bagi membentuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. Setiap kanak-kanak memerlukan persekitaran yang baik agar mereka dapat mempelajari atau melakukan peniruan dengan budaya yang baik.

tokoh teori kematangan

Posted by teori perkembangan at 10:19 AM 0 comments

Robert James Havighurst

Arnold Lucuis Gesell

G.Stanley Hall

Teori Kematangan Arnold Gesell, Robert Havighusrt Dan G. Stanley Hall

Posted by teori perkembangan at 6:49 AM 0 comments

My Blog List

Term of Use

TEORI PERKEMBANGAN Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino